Keppok 099

Nikmat asli terengganu,
terus ke dapur anda

Keaslian keropok lekor & satar yang kekal sedap, dari dulu sampai kini.

0 +

Tahun Pengalaman

0 +

Pek Terjual

0 %

Pelanggan Berulang

Teknologi Pek Vakum

Tanpa Bahan Pengawet

Mudah Disimpan

Sedia Dimasak

Ikan Segar Berkualiti

PRODUK KEPPOK099

Rasa asli Terengganu yang kini lebih mudah!

Keropok Losong Vacuum

Keropok lekor lembut dan kenyal dari isi ikan segar dan tepung sagu halus. Setiap gigitan penuh rasa asli Terengganu, sedap dimakan panas dengan sos pedas manis.

20 Batang/200g

Satar Bakar Frozen

Satar tradisional Terengganu berinti ikan segar, kelapa dan cili manis, dibalut daun pisang dan dibakar hingga wangi. Garing di luar, lembut dan berperisa di dalam.

26 Biji/200g

CARA PENYEDIAAN

nikmati Keppok099 ikut cita rasa anda

Goreng

Keropok

Panaskan minyak sederhana dan goreng hingga keperangan. Luar rangup, dalam lembut — cara paling klasik menikmati keropok losong!

Air Fryer

Keropok

Letak terus dari peti beku ke air fryer, 180°C selama 8–10 minit. Kurang minyak, tapi tetap garing dan sedap.

Rebus

Keropok

Masukkan dalam air mendidih selama 5–7 minit. Tekstur lembut, rasa ikan segar lebih menyerlah — sesuai untuk anak kecil atau hidangan ringan.

Bakar

Satar

Untuk Satar Frozen — bakar atas grill, oven atau pan selama 10–12 minit hingga daun pisang kering dan beraroma.

KELEBIHAN KAMI

Bukan Sekadar Keropok Lekor Biasa

Tahan Lama & Kekal Segar

Walau simpan berbulan, rasanya tetap padu — lembut, sedap, dan kekal segar bila digoreng.

Boleh Dibawa ke Mana-mana

Pek ringan & kemas, senang masuk beg atau kereta — standby untuk masak bila rasa nak makan.

Kualiti Konsisten Setiap Pek

Setiap pek confirm sama sedap — tak hanyir, tak masin, tak lembik. Sentiasa puas hati setiap kali masak.

Momen Bersama Keppok099

WhatsApp Image 2025-11-07 at 10.56WhatsApp Image 2025-11-07 at 10.56WhatsApp Image 2025-11-07 at 10.56WhatsApp Image 2025-11-07 at 10.56WhatsApp Image 2025-11-07 at 10.56WhatsApp Image 2025-11-07 at 11.29WhatsApp Image 2025-11-07 at 10.56WhatsApp Image 2025-11-07 at 10.56

TESTIMONI

Apa Kata Peminat Keppok099?

Sumber: Google Reviews Keropok Losong 099

Daripada Ganu, Untuk Semua

Keppok099 bermula sebagai jenama Bestern, yang telah lama dikenali di Kuala Terengganu sebagai pembuat keropok lekor dan satar berkualiti. Diterajui oleh resepi keluarga turun-temurun, setiap produk dihasilkan menggunakan ikan segar dan bahan tempatan yang terpilih.

Dengan lebih 10 tahun pengalaman dalam industri keropok lekor, kami terus mengekalkan rasa asli Ganu yang menjadi kebanggaan pantai timur. Kini dengan penjenamaan semula sebagai Keppok099, kami membawa warisan ini ke tahap baharu melalui teknologi pek vakum premium — memastikan produk tahan lama, bersih dan mudah disediakan.

Keppok099 ialah simbol rasa kampung halaman yang kini boleh dinikmati di mana sahaja — daripada pantai timur hingga ke seluruh Malaysia.

FAQ

Jawapan Kepada Pertanyaan Anda

Berapa lama Keppok099 boleh tahan di dalam peti sejuk beku?

Dengan pek vakum, boleh tahan sehingga 3 bulan jika disimpan dengan betul.

Sekitar 3–4 hari sahaja.

Ya, untuk goreng lebih rangup, keluarkan dahulu 10–15 minit. Untuk rebus boleh terus dari frozen.

Terdapat empat cara penyediaan Keppok099

  1. Rebus dalam air mendidih. Angkat, toskan dan sedia dihidang.
  2. Goreng: Defrost sekejap, kemudian goreng hingga keemasan.
  3. Air Fryer: Set suhu 180°C selama 8–10 minit.
  4. Untuk Satar, bakar di atas pan grill selama 10-20 minit sehingga daung pisang kering.

Bila warna bertukar gelap, berbau masam, atau tekstur jadi lembik — jangan makan ya!

Tak perlu, sebab resepi Keppok099 dah cukup rasa — cuma tambah sos kalau suka pedas!

Pek vakum lebih tahan lama dan mudah dibawa ke mana-mana tanpa risiko rosak cepat.

Ya, kami hantar ke seluruh Semenanjung Malaysia dan Sabah & Sarawak menggunakan penghantaran sejuk beku.

Rasai Produk Keppok099 Sekarang!